03 Julai, 2025
GOTONG-ROYONG MERIAHKAN SURAU AL-MAWADDAH JALAN SELIMBAR, KEMAMAN, TERENGGANU
03 Julai, 2025
GOTONG-ROYONG MERIAHKAN SURAU AL-MAWADDAH JALAN SELIMBAR, KEMAMAN, TERENGGANU
Kemaman, 11 Julai 2025 (Jumaat) – Suasana sekitar Surau Al-Mawaddah, Jalan Selimbar, menjadi meriah apabila para jemaah dan penduduk setempat bersama-sama turun padang bagi menjayakan program Gotong-Royong Bersih Kawasan Surau yang diadakan pada petang Jumaat bermula jam 3.00 petang.
Program ini bertujuan memastikan persekitaran surau sentiasa bersih, selesa, dan kondusif untuk aktiviti ibadah serta komuniti.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk membersihkan kawasan dalam dan luar surau, memangkas pokok, serta mengemaskan kawasan tempat letak kenderaan.
Kerjasama erat antara penduduk dan pihak pengurusan surau menjadikan gotong-royong kali ini bukan sahaja sebagai usaha mencantikkan kawasan, tetapi juga mengeratkan silaturahim antara ahli kariah.
Pihak Surau Al-Mawaddah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan bersama.